nak iPod percuma?

Sunday, December 20, 2009

Tiada apa-apa yang perlu dirisaukan di dalam PAS – 12

http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=1164
Posted on Saturday, December 19 @ 19:35:58 PST
Dilulus untuk paparan oleh AbuJihad

Artikel Oleh: smart

"

Sejak kebelakangan ini, kita dilumbu oleh masalah yang diada-adakan oleh kaum munafik sama ada dari dalam atau luar gerakan Islam. Mereka kononnya yang terdiri daripada jaguh-jaguh yang beragama Islam mengeluarkan beberapa kenyataan yang cuba mengelirukan sedangkan mereka sendiri yang keliru. Mereka cuba menipu tetapi mereka menipu diri mereka sendiri.


Dalam kekalutan di kalangan kaum melayu, didapati kaum lain mula berminat dengan Islam secara total. Mereka terasa kemanisan Islam itu sebagai satu cara hidup. Mereka cuba tonjolkan minat mereka melalui beberapa aksi atau perbuatan yang turut menarik minat mereka yang mengaku Islam.

Tetapi yang sedih macam ada suatu kuasa yang menghalang mereka. Mereka dihalang dengan kenyataan hak mutlak orang Melayu. Apa yang kita dapati, budaya zaman penjajah masih lagi berterusan hingga ke hari ini yang agama Islam cuma boleh diuruskan oleh kaum dan golongan yang tertentu. Tidak kiralah sama ada puak atau kaum berkenaan berminat dengan Islam. Apatah lagi puak yang berkenaan banyak melakukan perkara-perkara yang bertentang dengan hukum Islam.

UMNO dengan kebengongannya, memang telah lama memainkan perkara ini. |Ada kenyataan-kenyataan yang keluar sendiri daripada mulut mereka iaitu jika semua rakyat Malaysia faham akan Islam UMNO tidak akan boleh hidup. Oleh itu maka macam-macamlah kenyataan-kenyataan yang keluar sejak daripada perdana menteri Malaysia yang pertama hingga ke akhir ini. Untuk tujuan tulisan ini tidak perlu saya huraikan sebab telah banyak ditimbulkan dalam ceramah-ceramah PAS.

Walau bagaimana pun itu memang tidak perlu kita risau. Sebagai ahli PAS tidak ada apa yang perlu dirisaukan tentang kaum itu. Begitu juga dalam PAS tidak ada apa yang perlu dirisaukan kerana mereka telah dapat membezakannya dari sudut label. Malang, kenyataan-kenyataan yang keluar daripada pucuk pimpinan PAS yang amat dirisaukan. Tunggu dalam tulisan saya dalam siri yang ke-13.
"

No comments:

Post a Comment